Kematian Alias Kadir

Alias telah dimasukkan ke hospital pada 2017 untuk pembedahan mengkodongkan kaki kiri beliau.

Namun pada April 2021, beliau sekali lagi menjalani pembedahan untuk mengkodongkan kaki kanan beliau setelah terdapat jangkitan gangrene akibat daripada kencing manis yang beliau hadapi. Sejurus menjalani pemulihan setelah 2 bulan, keadaan Alias bertambah tenat dan beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada 28 Jun 2021, hari Isnin pada 7.53 pagi bersamaan 17 Zulkaedah 1442 Hijriah.

Beliau selamat dikebumikan di perkuburan Islam, Pusara Aman (Abadi) di Lim Chu Kang sejurus selepas Solat Zohor pada hari yang sama. Ratusan peminat membanjiri perkarangan masjid dan persekitaran makam untuk mengucapkan selamat jalan yang terakhir kepada arwah Alias sebelum disemadikan.

Beliau meninggalkan 2 balu dan 6 orang anak.

Peminat dari Singapura dan Malaysia tidak putus-putus mengucapkan rasa sedih dan takziah mendalam kepada arwah Alias. Turut berdukacita dari rakan artis seangkatan, sejawatan dan sepejuangan dengan beliau ialah Tuan Husin Saaban. Termasuk Artis dari Malaysia Datuk Haji Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil dan juga Dato' Siti Nurhaliza.

Turut mengutus ucapan takziah terdiri juga dari Menteri Dipejabat Menteri Perdana Singapura Dr Maliki Osman, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Dr Faishal Ibrahim, MP Puan Rahayu Mahzam dan paling awal sekali Mantan Menteri Singapura Amrin Amin.

Isteri Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong yakni Puan Ho Ching turut mengongsi berita pemergian arwah Alias.